Tak PALANG Kena SAILANG

300 Views 0 Comment

Siapa ada pengalaman kena sailang hanya sebab MyKad tak dipalang? Ramai kan? Tapi masih ramai yang ambil lewa hal ini. Atau anda tak rasa penting untuk palang salinan MyKad untuk urusan rasmi?

Malang besar kalau tak dipalang. Katakan anda nak buat pinjaman bank dan salah satu requirement bank ialah satu salinan (copy) MyKad anda. Kebetulan pula anda tak ambil kisah nak palang atau tak, kerana bagi anda ianya cuma salinan sahaja.

Namun bagi mereka yang suka ambil kesempatan di luar sana, kemalasan anda untuk palang itu bagaikan anda hulurkan leher untuk disembelih. Inilah peluang untuk yang tak bertanggungjawab menggunakan kesempatan ke atas salinan MyKad anda itu untuk kegunaan lain termasuk membuat pinjaman lain tanpa anda tahu. Anda hanya akan tahu dan sedar apabila pihak bank call anda untuk jelaskan hutang. Tapi ketika itu sudah terlambat, anda pula terpaksa menanggung beban hutang orang lain.

Lebih malang nama anda akan disenaraihitamkan dalam Credit Tip Of System (CTOS) serta CCRIS dan menyukarkan anda untuk permohonan kredit baru.

Nampak simple tapi impaknya teruk untuk anda. Bukan sekadar berhati-hati, malah anda sentiasa ingat untuk palang salinan MyKad bila berurusan baik dengan pihak kerajaan atau swasta.

Nasihat saya, cara terbaik adalah palang dan nyatakan nama syarikat atau bank yang ditujukan supaya salinan itu hanya untuk urusan itu saja. Ini cara untuk kurangkan risiko anda.
Sekarang pun dah jadi stail orang kita yang hantar salinan MyKad secara online, itu lagi bahaya. Jadi palang dulu sebelum malang.
Ingat tu!
0 Comments

Leave a Comment