Ramai Usahawan Buat Silap Dalam Perniagaan Sebab Tak Tahu 9 Perkara Penting Ini.

349 Views 1 Comment

Ramai peniaga tak nak pandang penting 9 perkara yang kami nak kongsikan ni. Bagi mereka ni, bisnes hanya perlu tahu macam mana nak buat sales.

Malangnya, mereka lupa bila berniaga mereka terikat dengan banyak akta dan undang-undang yang kalau tak dipandang, tak diambil tahu akan menyebabkan lebih banyak masalah berlaku dalam perniagaan anda, dan buatkan kehidupan anda pun akan lebih huru-hara serta tunggang langgang.

Antaranya ialah:

1. Akta Syarikat 2016 berkenaan dengan Single Person Company. Apa perbezaan nyata berbanding dengan Akta Syarikat 1965 selain daripada syarikat Sdn Bhd boleh ditubuhkan dengan hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham. Juga saya kongsi tentang kebaikan bisnes melalui Enterprise, Partnership dan Limited Liability Partnership.

2. Akta Cukai 1967– topik penting berkenaan cukai individu dan syarikat serta cukai-cukai lain yang wujud di Malaysia. Tuan Jerry akan kongsikan strategi cukainya dengan anda…anda mesti terpikat dengan cara beliau urus cukai dan benefit yang beliau dapat.

Kita bincang sama-sama tentang salah anggap tentang cukai ini dan boleh juga kita bincangkan case study orang dan syarikat yang mengelak dari membayar cukai dan apa musibahnya.

3. Akta GST 2014– topik yang rumit tapi Tuan Jerry akan cuba sedaya upaya untuk beri anda kefahaman. Ini kawalan yang sangat aktif terutama kepada golongan peniaga yang “glamour” di mana-mana medium media.

4. Akta Pekerjaan 1955– topik tentang hak majikan dan hak pekerja. Rahsia bagaimana Tuan Jerry berjaya di syarikat gergasi dunia dulu yang akan kongsikan dengan anda termasuk kaedah saringan yang pernah beliau alami sebelum diterima bekerja. Juga bagaimana beliau dilatih untuk menjadi Superstar dalam syarikat dan mampu membawa revenue yang banyak.

5. Banking– Beliau akan kongsikan tips bagaimana bank membuat penilaian tentang permohonan pinjaman anda. Apa perspektif mereka, cara mereka fikir dan cara mereka nilai. Alhamdulillah, saya gembira bila ada peserta saya yang mampu memiliki rumah untuk tujuan pelaburan dengan kaedah profiling magik ini.

6. Harta Intelek– tentang kepentingan menjaga harta intelek anda yang akan menjadi harta tidak nyata dalam syarikat. Untuk penerangan lebih mudah lagi, Tuan Jerry akan kongsikan case study beberapa dispute yang dimenangi oleh plaintif juga defendan.

7. Accounting & Cashflow– topik ini sangat menarik!! Kami pasti ramai yang “krik-krik” dengan bab ni. Kami tahu subject ini memang paling dibenci di sekolah. Tapi inilah nadi bisnes anda. Juga inilah cara kita mengukur tahap kesihatan kewangan bisnes kita. Setelah penat berhempas-pulas berusaha untuk cari sales dan bawa duit masuk, ke mana perginya duit tu? Tuan Jerry akan kongsikan nanti. Trust him! Accounting with him will be fun and you will fell in love with your own bank accounts.

Selain daripada itu Tuan Jerry juga akan kongsikan sedikit topik Corporate Finance. Bagaimana meningkatkan nilai syarikat sehingga mampu menarik pelabur untuk melabur di syarikat kita. Tentang pinjaman, mana yang baik, mana yang tidak berapa sihat.

Juga topik Cashflow. Jangan risau, kami berikan template untuk anda pakai dalam bisnes anda. Siap diajar lagi bagaimana membina tabungan syarikat sehingga boleh menjadi Cash Rich Business. Dengan cara ini akan berkuranganlah perompak-perompak yang suka merompak hasil syarikat. Lebihan wang ini boleh dilabur dan kemudian duit boleh buat duit dengan sendirinya.

efp-jerry-blog6

8. Perundangan– Tuan Jerry akan terangkan bagaimana Legal System di Malaysia berfungsi. Juga kami berikan template beberapa agreement yang anda boleh terus pakai. Kepada agen, stokis dan beberapa template lain. Pakailah. Protect yourselves! Protect your business.

9. Pelaburan– ini topik yang paling baru ditambahkan dalam sesi kali ini. Topik ini menarik dan pasti buatkan anda teruja. Nak tau? Kenalah hadir dulu ye…

Tapi nampak semua macam kena belajar pasal akta aje nie. Eh! Eh! Anda berbisnes, secara tak langsung memanglah segala aktivitinya termaktub dalam akta-akta nie. Kita berbisnes dengan manusia, bukan Godzilla. Jadi ada panduan yang jelas untuk kita patuhi.

Tuan Jerry tak akan suruh anda buka pun buku Akta Pendapatan 1967 yang setebal 1,168 mukasurat tu.

Tuan Jerry akan permudahkan anda faham tentang 9 perkara ni supaya anda boleh berbisnes dengan lebih baik, jika anda praktikkan dan akhirnya ada masa buat duit dan buka Al-Quran.

1 Comments
  • Norzuraini Shibi

    Reply

    Sangat menarik.. Saya tak sabar nak belajar dengan Tuan Jerry Rizal .. Sebab kurang ilmu pengurusan kewangan perniagaan saya agak huru hara..

Leave a Comment