Pengakuan Usahawan: Kenapa Berbisnes Macam Bagus…Tapi Tak Buat Duit!

299 Views 0 Comment

Sambil-sambil korang prepare nak bisnes untuk hari esok, kami nak ajak anda baca dan fikir sat tentang perkara ni.

Sesi refleksi diri dan bisnes anda.

Tak kira lah anda bisnes apa, bisnes online ke, gerai makan ke, ternak lembu ke, tukang jahit ke, bengkel motor kereta ke, owner produk ke, bisnes pasar malam ke, tak kira bisnes kecik atau besar, kat kampung atau kat bandar.. tolong baca ni sekejap.

Kenapa usahawan, berbisnes tapi tak buat duit:

1/ Dapat duit bisnes, masuk dalam laci. Nak beli sayur, ikan, susu anak, beli tudung, duit sekolah anak – bukak je laci, ambik je duit jualan tu. Guna ikut suka hati.

2/Bisnes kencang sikit beberapa bulan ni, banyak duit masuk, terus pi beli Coach, LV. Kereta baru pun beli…cash!

3/Tak pernah tukar supplier atau cari supplier lebih murah. Tak tau nak runding harga dengan mereka. Apa depa offer, terima je… janji ada barang.

4/ Tak pernah ada perjanjian bertulis dengan supplier, stokis, agen. Pakai hentam je. Guna janji mulut. Dorang ambik barang, bayar atau tak.. ikut janj manis je. Dah berapa kali kena tipu agaknya ye?

5/ Tak pernah tau profit dan untung banyak mana. Margin untung besar mana. Tak tahu kos pengeluaran 1 unit produk…

6/ Tak tau nak letak harga. Tak tau pun berapa jumlah RM yang pelanggan perlu belanjakan bila masuk ke kedai kita. Tak tau ‘magic number’ jumlah jualan sehari dan sebulan. Ada sales…..syukurlah. Takde sales…. takpe.

Ada tak yang buat 6 perkara ni?

Inilah antara punca-punca usahawan berniaga tapi tak buat duit. Tak nampak hasilnya ke mana. Syukurlah…. ada yang berniaga dan boleh buat belanja ke Mekah..
Tapi lepas tu..macam mana….?

Berniaga mesti boleh buat duit dan kena tahu nak buat apa dengan duit tu. Nak bantu keluarga, nak derma, nak sedekah, nak simpan untuk anak, semua boleh… tapi bisnes korang perlu buat duit dulu.

Kita berbisnes bukan untuk hidup makin susah. Anda peniaga perlu tahu cara nak ‘memberanakkan’ duit. Maksudnya, dengan duit bisnes anda tu… macam mana nak buat lagi banyak duit.

Baru syok berniaga!

Bagus jika korang mulakan tahun 2018 dengan ilmu ni, InsyaAllah boleh nampak duit bisnes anda nanti, dan ke mana anda boleh belanjakannya untuk buat lebih banyak duit, dan untuk buat bekal pahala..

Faham tak ni?

Cukup-cukuplah berbisnes tapi tak kaya-kaya. Takkan nak berbisnes sampai beruban!

p/s: Gambar hiasan. Takde kena mengena dengan sesiapa.

#TeamRichworks

0 Comments

Leave a Comment