Pekerja Berkuasa, Majikan Jadi Mangsa!

461 Views 0 Comment

Antara soalan yang kerap ditanya adalah berkenaan masalah staf datang lewat ke tempat kerja. Isu ini bukan sahaja jadi tanda tanya kepada pekerja, tapi jadi tanda tanya juga kepada majikan dan pihak Pengurusan Sumber Manusia.

Melalui kajian yang dilakukan oleh CareerBuilder.com:

44% Majikan tidak peduli jika pekerja mereka lewat asalkan kerja disiapkan dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan

20% Majikan pula menegaskan bahawa mereka akan memecat pekerja yang lewat empat kali dalam setahun tidak kira berapa bagus atau tidak kerja yang dilakukannya.

Kenapa kedatangan staf wajib direkodkan tanpa gagal?

  1. Kehadiran – menjadi tanggungjawab majikan rekod kedatangan staf untuk track kehadiran. Ini untuk memudahkan proses pengiraan gaji pekerja setiap bulan.
  2. SOCSO – untuk tahu keselamatan dan kebajikan pekerja. Sekiranya berlaku kemalangan atau musibah, majikan dah ada bukti untuk diberi pada pihak SOCSO untuk buat tuntutan.
  3. Kesalahan – majikan yang buat kesalahan di bawah seksyen 53, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 – majikan yang mungkir atau gagal beri laporan kemalangan atau beri laporan palsu akan dihukum – penjara maksimum sehingga 2 tahun, atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya.

Adakah anda merupakan majikan yang selalu jadi mangsa kepada pekerja sendiri? Siapa yang boss sekarang ni?

Atau anda nak jadi majikan yang adil dan bertanggungjawab, tapi masih tak tahu caranya sebab anda tak familiar dengan proses dan langkah pelaksanaan yang melibatkan Pengurusan Sumber Manusia.

Tonton video ini supaya anda boleh faham lebih lanjut.

0 Comments

Leave a Comment