Jualan Bisnes Saya Macam Tinggi, Untung Macam Banyak Tapi Duit Sentiasa Tarak (Tidak Ada)!!

432 Views 1 Comment

“J, Company saya ada untung lepas cukai dalam RM1 juta. Masa bila saya boleh ambil duit nie?” Ini antara soalan yang biasa I dapat dalam program. Macamana I nak jawab?

Begini, konsep untung di dalam rekod Income Statement (Profit & Loss) tidak sama dengan jumlah tunai yang ada di dalam bank. Dalam kelas, I akan mengajar para usahawan bagaimana untuk membaca 3 dokumen penting dalam bisnes.

1. Income Statement @ P&L (Akaun Untung Rugi) yang merekodkan segala hasil dan perbelanjaan tahunan syarikat. Selepas hasil dan perbelanjaan ditimbang tara, kita dapat menentukan samada syarikat mencatat keuntungan atau kerugian tahunan.

2. Balance Sheet (Kunci Kira-kira) yang merekodkan kedudukan kewangan syarikat; jumlah aset, liabiliti dan ekuiti yang disenaraikan mengikut format tertentu di dalam satu penyata. Melalui penyata ini, kita dapat mengetahui samada syarikat kita berada di dalam keadaan yang stabil atau goyah.

3. Cashflow Statement yang merekodkan semua transaksi duit keluar masuk setiap hari untuk memudahkan kita mengetahui tahap kedudukan semasa aliran tunai syarikat kita.

Jadi, untuk kes tuan, apa yang saya boleh sarankan adalah untuk tuan buka beberapa akaun bank di bawah nama syarikat.

Apa tujuannya? Untuk membolehkan tuan menyimpan. Ini juga konsep, “Never put all your eggs in one basket!” Kalau pecah semua telor tu, apa lagi yang tinggal. Cara ini juga akan mendisiplinkan kita untuk memulakan tabiat menabung. Selalunya kita akan fikir yang menabung ini hanya untuk diri kita. Kenapa tidak aplikasikan kepada syarikat? Sama saja caranya.

Antara akaun bank yang I sarankan adalah:

1) Akaun Operasi
2) Akaun Simpanan
3) Akaun Simpanan Cukai & GST
4) Akaun Modal.

Ini bukan muktamad. Anda boleh namakan akaun bank tersebut ikut selera anda. Kita juga boleh buka seberapa banyak akaun bank pun, janji ada orang pantau Cashflow Statement kita setiap hari.

I juga sarankan untuk kita buka akaun di bank-bank yang berlainan untuk kita mulakan rapport dengan Banker. Kita berkenalan dengan Banker melalui baki yang banyak di dalam akaun kita. Kalau setiap minggu dan bulan meningkat, tak keluar-keluar, pasti mereka akan mula beri perhatian. Senang kita nak minta “favour”! Simpan buku cek akaun-akaun simpanan tu. Guna bila perlu saja.

Gagahkan diri untuk tidak guna! Diri akan jadi tak guna kalau asyik merompak duit simpanan. Fikirkan tujuan kita menyimpan.

1. Nanti boleh ambil bila dah tutup akaun tahunan, apa saja untung lepas cukai, boleh kita guna duit yang kita simpan untuk bayar dividen kepada Shareholder.

2. Untuk memudahkan bayaran cukai & GST. Bila perlu, duit sudah ada dalam akaun, keluarkan saja untuk bayar kepada mereka yang berwajib.

3. Untuk tujuan perkembangan bisnes. Bila tiba masa kita untuk buat pelaburan besar, duit sudah ada.

Fokus kepada Akaun Operasi saja. Tuan maklumkan pada pelanggan satu bank akaun yang memudahkan pelanggan buat bayaran. Pasti nombor akaun ini tertera di dalam Invoice dan juga Delivery Order. Mudah untuk pelanggan nampak dan terus melekat nombor akaun ini dalam kepala mereka. Keluar saja Invoice terus minta bayaran. Jangan kasi mereka berhutang. Sebab barang yang keluar itu adalah duit kita! Dapatkan bayaran serta-merta.

“Akaun Operasi ini nanti untuk kita bayar apa J?”. Dalam akaun operasi ni, duit yang ada adalah untuk tujuan menanggung operasi syarikat, bayar material, bayar supplier, bayar gaji, sewa premis, kos marketing dan apa saja kos lain untuk syarikat tuan terus beroperasi.

Caranya begini;

1. Bila tuan terima bayaran, pastikan tuan terima di Akaun Operasi.

2. Rekodkan jumlah ini di dalam Cashflow Statement dan tuan pantau baki dan transaksinya setiap hari.

3. Agihkan sejumlah amaun ke akaun-akaun simpanan yang ada. Pecahkan ikut peratusan.

4. Buat aktiviti ini setiap minggu pada hari Jumaat. Maksudnya, anda akan sign cheque akaun operasi kepada akaun-akaun simpanan yang lain.

5. Buat Cashflow Statement untuk setiap akaun simpanan. Rekod penerimaan duit dari akaun operasi dan pantau jumlahnya. Pastikan ia meningkat.

6. Jangan leka, semua Cashflow Statement ini mesti diterima daripada Akauntan tuan setiap hari.

7. Kalau tak terima, pecat mereka 😜 kerana itu tugas paling penting mereka kena buat. Aha, ini berita baik untuk anda, I ada sediakan template Cashfow untuk menyenangkan tuan. Suka tak?

“Tapi kan J, kalau I transfer duit dari akaun operasi ni, jadi kuranglah duit syarikat untuk operasi harian? Dah habis semuanya disimpan, tanya tuan tu lagi.

Tuan, bila duit kurang, I pasti tuan takkan lagi leka, menunggu saja. Tentu tuan risau tengok akaun dan sikit bakinya dan risau memikirkan tanggungan yang perlu tuan bayar. Nak tak nak mesti tuan akan tingkatkan usaha untuk tingkatkan jualan. Betul tak?

Guna ilmu Millionaire Marketing Mastery, itu gabungannya dengan EFP ni.

Buat proses ini berulang-kali dan nescaya tuan akan nampak hasilnya. Duit makin banyak dan tuan makin rajin. Yang paling best bila tuan dah mula nampak duit yang disimpan membukit. Best kan.

Dan ini caranya untuk tuan enjoy the cash…. Duit dalam bank yang banyak itu direkod di Balance Sheet (Kunci Kira-kira), dan untung atau rugi syarikat direkod di Income Statement (P&L).

Selesai saja audit dibuat kepada akaun syarikat dan pengiraan cukai dibuat, tuan perlu membayar jumlah tersebut ke LHDN. Duit dah lama disimpan. Keluarkan cek dan bayar.

Kemudian bila Auditor keluarkan final report menyatakan untung bersih selepas cukai terkumpul, jadi jumlah itulah yang tuan cash out. Dari mana? Dari akaun simpanan tuan.

Begitulah caranya I buat selama ni. Sebab I tau untung tidak semestinya jumlah duit yang ada di bank.

Ingat! Cash is King in business. Ia juga ibarat oksigen. Bila tak ada oksigen, kita akan mati. Segala operasi tergendala.

Untuk memastikan perniagaan kita sihat terus, jagalah kewangan syarikat dengan teratur.

Ini yang I kongsikan dan drill betul-betul untuk semua peserta faham. Best kan.

Akaun anda akan sexy bila Bank Statement sexy.

Kalau maklumat ini bagus, sila #share

#efp
#sexyaccountant

1 Comments
  • Zakaria Nasirudin

    Reply

    Terima kasih

    Info yang banyak membantu melatih diri mengurus kewangan syarikat

Leave a Comment