Jangan Biar Bisnes Korang Mereput!

296 Views 1 Comment

Nampak orang ada bisnes, kita mudah rasa mereka ni berduit. Tak kiralah besar mana bisnes mereka. Itu persepsi biasa…

Anda pernah tak nampai kedai runcit atau kedai makan kat tepi jalan? Kedai jual kerepek, butik pengantin, saloon, butik baju, bengkel, dan kedai yang banyak dikeliling anda? Pernah tak anda terfikir… mereka ni berniaga, tapi buat duit ke? Sampai bila mereka nak berniaga macam ni? Boleh tahan lama ke bisnes mereka?

Ada tak terfikir macam tu?

Syukurlah mereka ada bisnes. Ada jugak berusaha… tapi soklannya, sampai bila nak berniaga ala kadar macam tu? Bisnes tak ada sistem? Dah lah takde marketing, buat duit ala kadar, duit yang ala kadar tu pun tak tahu nak uruskan macam mana…

Ada jugak yang bisnes nampak maju. Sibuk. Ramai pelanggan. Tapi masih guna nama enterprise. Tengok pemiliknya, dah serupa Hantu Kak Limah!

Sebabnya, dia lah yang buat semua perkara. Dia jaga dan beli stok, dia yang buat produk, dia yang hantar barang, dia yang bungkus…aishh!

Usahawan ni perlu bijak. Kita berniaga sebab nak ada duit dan ada masa. Selagi kita berniaga dan kita tak ada 2 perkara ni iaitu duit dan masa, itu namanya kita menyiksa diri, bukan berniaga…

Ada 4 perkara yang anda perlu buat untuk pastikan anda jadi peniaga yang sebenar, yang ada duit dan ada masa. Cuba baca ni kejap dan fikirkan?

1/ Adakah anda peniaga, ada gaji sendiri? Atau lepas tolak kos itu ini, anda pun tak bergaji?

2/Adakah bisnes anda ada akaun dan rekod duit keluar masuk? Atau anda tak pernah tahu berapa duit masuk dan keluar?

3/Adakah anda buat semua perkara sendiri dalam bisnes? Atau anda ada staff tapi serupa tak ada? Atau anda tak pasti ada pembantu atau tak?

4/ Adakah anda berhajat nak kembangkan bisnes? Tapi duit modal takde? Nak kena korek tabung sendiri (kalau ada!). Atau anda tak tau langsung bagaimana nak kembangkan bisnes? Nak dapatkan kemudahan kewangan yang agensi-agensi berikan pun tak tau macam mana.

Kami mencari 150 pemilik bisnes, usahawan dan peniaga, yang ada bisnes tapi bisnes mereka tak ada sistem, tak buat duit (atau tak tau duit pergi mana!), huru hara sebab pengurusan tak betul…

Atau, bisnes yang dah OK ( agak-agaknya!) tapi pemiliknya sedang ketakutan sebab fikirkan tentang cukai dan GST… tak tau langsung tentang perkara ni..

Kami nak bantu mereka ni berbisnes dengan lebih baik di tahun 2018 ni. Sungguh!
Kami kesian dan sedih tengok anak bangsa berbisnes tapi huru hara, tunggang langgang, tak buat duit atau bisnes penuh masalah..

Komen ‘Nak tau’ untuk team kami bantu atau PM kami nombor telefon anda dan waktu anda nak kami call anda untuk konsultansi percuma.

Untuk yang nak bisnes mereka buat duit dan lebih baik di tahun 2018. Tag rakan-rakan yang anda rasa bisnes mereka perlukan bantuan untuk lebih berjaya..

Buat sesuatu sebelum bisnes anda mereput!

#TeamRichworks

1 Comments
  • Norzuraini Shibi

    Reply

    Ya .. bisnes saya la tuu… one man show….

    Saya Nak Tau

Leave a Comment