Engkau Boss Ke Kuli Beb????

1591 Views 2 Comments

Ramai orang datang mengadu kat I tentang masalah pekerja. Pekerja malaslah, tak berdisiplinlah, curi duit, pekerja bermasalah dan macam-macam lagilah. I dengar dengan perasaan bercampur-baur. Nak gelak pun ada, kesian pun ada. Geram apatah lagi!

Selalunya I tanya balik. How are you as a Boss? You tunjuk nilai-nilai murni tak pada pekerja? Ataupun perangai lebih kurang sama aje dengan staff.

Itulah dia, kononnya Usahawan, Majikan tapi dalam diam dikulikan staff sendiri. Staff balik awal tanpa siapkan kerja. Sudahnya kita yang kononnya usahawan ini yang kena siapkan. Yang paling best, menonong aje balik tanpa beritahu Boss. Macam dia pulak yang Boss.

Ada pulak yang mengadu Staff diambil tu “bodoh”. Ini lagi best, mengadu domba macam-macam pasal staff tapi dia sendiri yang ambil staff tu bekerja. Haihh!!! Engkaulah yang lagi bodoh!!!

I faham benar masalah kakitangan di kalangan bisnes SME ini. Faktor utama adalah pasaran kerja untuk sektor SME. Kebanyakkannya calon yang saki-baki. Sebab mahasiswa yang lulus kelas pertama semuanya diambil bekerja di syarikat besar.

Melihatkan keadaan ini, I akan kongsikan 5 cara dan formula yang I sendiri guna pakai di Richworks. Bagaimana I pilih “anchor” yang menjadi “driver” kepada syarikat.

1/ Kriteria memilih pekerja. Apa prosesnya. Contoh iklan jawatan yang sesuai. Bagaimana membaca resume. Dan apa ciri-ciri calon yang sesuai untuk dipilih hadir sesi temuduga.

2/ Proses temuduga. Apa yang perlu anda tengok dan tanya. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Latar belakang yang macam mana yang perlu ada. Perawakan yang dibawa mereka semasa hadir sesi temuduga.

3/ Siapa yang boleh jalankan interview? Soalan yang sesuai ditanyakan kepada calon. Berapa kali perlu diadakan. Kenapa perlu ‘set the contact right’ ketika interview.

4/ Kenapa tak bagus lantik saudara-mara sebagai pekerja? Apa syarat yang perlu ada ketika nak melantik pekerja.

5/ Dokumen yang perlu ada dan potongan yang perlu dibuat kepada kakitangan. Kenapa perlu ada Offer Letter atau Contract of Staff? Apa bezanya.

Nak cerita pasal pekerja ni memang takkan habis sebab kita berurusan dengan manusia. Tambah pulak nak menjaga emosi mereka. Golongan calon yang rata-ratanya anak manja dan dari keluarga orang senang.

Akan tetapi, sebagai majikan andalah yang perlu keluarkan guideline, do’s and dont’s atau undang-undang untuk mereka patuhi.

Benda ni semua akan kita bercakap lebih panjang lebar di EFP.  Dan, sempena awal tahun 2018 ni, adalah waktu yang sesuai untuk anda tahu tentang Sumber Manusia dengan lebih jelas dan implement dalam bisnes anda, supaya sepanjang tahun depan dah kurang sikit pening kepala anda untuk uruskan masalah kakitangan.

2 Comments
  • Amirul Jafni Malin

    Reply

    Thanks sifu .. i like this topic.. Semoga mendapat umrah maqbullah..doakan untuk saya sifu 🙂

  • Norzuraini Shibi

    Reply

    Betul tu .. itulah akibat apabila tak ada SOP.. pekerja sesuka hati je. . Bos pun lembut hati sangat.. huhu .. syukur dapat kenal Tuan Jerry semasa imkk mac 2018.. tak sabar nak pergi MMM mac ini.. Mudah2-mudahan boleh sedut ilmu dari tuan dan apply dalam pernoagaan.

Leave a Comment